Tujuan kami menulis di bloggers ini adalah untuk kita semua sama-sama berkongsi ideologi perniagaan, memajukan perniagaan dan mengembangkan sesuatu perniagaan tidak mengira sudut meniaga secara terbuka mahu pun secara online. Pernah jua rakan admin sebelum ini meniaga secara online selama bertahun-tahun, tapi hasil tidak memberangsangkan di atas sebab-sebab yang dia ketahui oleh semua perniaga seperti ;
Perniagaan secara terbuka
1. Tiada modal perniagaan yang mencukupi
2. Harga kos barang yang mahal
3. Harga untuk dijual terlalu tinggi kerna kos barang yang mahal
4. Tempat perniagaan tidak startegik
5. Tempat perniagaan startegik, tetapi kos sewa kedai / tapak mahal
6. Anda tambah sendiri jika ada lagi masalah-masalah lain.
Perniagaan secara online
1. Cara mempromosikan sesuatu barang tidak mengikut kesesuain
2. Tidak meminta support / bertanyakan ideologi dari rakan-rakan yang berniaga secara terbuka atau secara online
3. Mudah terikut-ikut
4. Tiada pendirian tetap
5. Tidak membuat perangcangan terlebih awal
6. Selebihnya anda tambah sendiri jika ada masalah-masalah lain.
Baiklah wahai saudara dan saudari yang mulia lagi dikasihani, tanpa membuang masa dan waktu untuk membaca bloggers kami ini yang panjang lebaran, disini kami ingin berkongsikan kepada anda semua tentang serba sedikit Tips untuk memulakan perniagaan secara online terlebih dahulu. Jika tips ini berguna, bolehlah kita share semua pada orang lain dan jika tidak berguna just abaikan. Tips-tips itu adalah ;
1. Modal haruslah mencukupi untuk membeli sesuatu item yang hendak dijual semula
2. Mencari sesuatu barang yang jarang di niagakan
3. Jika tiada modal kasar untuk memulakan perniagaan, cari terlebih dahulu pembekal yang boleh membuat perniagaan seperti consumer(jadi orang tengah untung atas angin)
4. Meniaga haruslah jujur tidak kira dari apa sudut sekalipun walaupun kita semua tahu ada segelintir peniaga mahukan untung besar walaupun barang yang dijual tiada kualiti yang baik
5. Buat servey tempat peniagaan terlebih dahulu supaya apa yang dijanjikan oleh pihak pengajur adalah sama seperti ia berkata. Jika tidak berbuat demikian nanti takut tinggal janji bulan dan bintang saja
6. Bagi pandangan kami di bloggers ini, peniaga-peniagalah yang sepatutnya mencuba dan menggunakannya sendiri terlebih dahulu seperti testimonia sendiri sebelum mempromosikan dan menjual kepada pembeli.
7. Kepada peniaga kecil-kecilan yang baru mencuba untuk berniaga dinasihati jangan terburu-buru, ambil terlebih dahulu butir-butir peribadi pembekal atau pengedar terlebih dahulu.
8. Tidak lupa juga sila semak terlebih dahulu ramuan-ramuan pada barang yang hendak dijual kepada pembeli terutama barangan seperti kosmetik, ubat kesihatan, jenama-jenama tiruan yang kita sendiri tidak tahu hasil pembuatannya halal atau tidak bagi penguna islam. Ini kerana banyak kes-kes yang berlaku mengunakan barang tiruan yang beracun dan barang dan haiwan terlarang.
9. Jangan terlalu tamak untuk menaikkan sesuatu barang kerana ia akan menjejaskan reputasi peniaga-peniaga yang lain ibarat kerna nila setitik, rosak susu sebelangga.
10. Berhati-hati dengan Scammer semasa urus jual beli di laman sesawang online. Banyak kes penipuan berlaku di online. Baik pembeli mahu pun penjual.
Bagi umat islam tidak salah sekalipun untuk berniaga kerana berniaga pun adalah salah 1 sunnah. Jadi berusahalah sebagai peniaga yang jujur, berdedikasi, amanah, buat yang disuruh tinggal yang dilarang. Insyallah berkat hendaNya. Wallahualam.
#ComingSoonUpdate